Monday, September 14, 2009

Monday, August 24, 2009

IBADAH PUASA


FADHILAT PUASA RAMADHAN

Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.

Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Sunday, August 23, 2009

SAYANG KAMU..


KELUARGAKU..KEKUATANKU..

Danish Haikal..

Anak suadara saya...Muhammad Danish Haikal bin Nurul Hadi. Comelkan.. Umurnya baru 2 tahun. Lahir pada 21 Januari 2007. Danish..rindunye kat budak kecik ni..

Monday, August 17, 2009

RAHSIA "ROS"


Hati sering tertanya-tanya apakah maksud warna bunga ros yang pernah diterima. Apakah ia melambangkan rasa kasih, cinta, simpati ataupun sekadar teman biasa? Sebenarnya bunga ros mempunyai pelbagai warna yg mengandungi maksud tersirat. Takut nanti tersalah andaian diri sendiri yang malu. Di sini adalah andaian banyak pihak tentang maksud tersirat di sebalik warna bunga ros.

Bunga Ros Merah: Si dia mencintaimu setulus hati dan ingin bersama selamanya.

Bunga Ros Kuning: Si dia mahu kamu menjadi sahabatnya atau ia menandakan perasaan cemburu terhadap kamu.

Bunga Ros Putih: Rasa cinta yang ada dalam dirinya adalah cinta sejati dan sesuci ros putih itu.

Bunga Ros Merah Jambu: Kamu adalah cinta pertama si dia dan ini menjadi rahsianya sejak sekian lama. Maknanya kamu adalah insan yang menjadi idamannya selama ini.

Sunday, August 16, 2009

Salam Perkenalan..

Assalamualaikum dan salam perkenalan buat semua..
Selamat melayari blog sy, red_roses. Sememangnya banyak keistimewaan bunga ini sehinggakan saya teruja untuk memilih nama bunga ini sebagai nama blog saya ini.
Sekali lagi salam perkenalan dari saya...:-P